^_^ W E L C O M E 2 M Y L I V E S ^_^

Selamat datang di blog saya yang lucu ni...

Semoga Anda Menikmati...

Sajian tulisan ini...

Thank You...

^_^

Pengenalan
Secara umumnya,antaramuka adalah kaedah untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan sistem.Mereka bentuk antaramuka boleh menjadi satu aspek yang kritikal di dalam pembangunan sistem karena:

i.Antaramuka adalah apa yang terlihat oleh pengguna.


ii.Rekabentuk yang efektif adalah mengikut disiplin yang ditentukan didalam Interaksi Manusia Komputer yang menggabungkan teknik psikologi dan ergonomik dengan sistem komputer.Reka bentuk antara muka yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti:


i.objek yang sama dikekalkan walaupun pada bahagian berlainan.


ii.setiap tindakan mestilah ada tindakan balas atau maklum balas.


iii.mempunyai kebolehan untuk pulih daripada kesilapan dan


iv.pengguna mempunyai kawalan ke atas antara muka.

Grafik dalam Antara Muka
Membaca dan menterjemah maklumat yang mengarahkan pengguna bagaimana untuk menggunakan sistem.Antara muka yang baik dengan perwakilan grafik yang dapat membantu pengguna dalam menjangka dan memahami fungsi dan sesuatu perwakilan tersebut adalah sangat-sangat diperlukan.Merujuk Rajah 1,adalah diantara contoh perwakilan operasi “print” atau cetak yang menggunakan gambar pencetak yang mana bagi menyatakan fungsinya.Belbagai perwakilan grafik digunakan untuk mewakilkan objek sebenar ke atas paparan komputer.Ia dapat membantu pengguna dalam menjangka dan memahami fungsi sesuatu perwakilan.
Ada dua jenis perwakilan bergambar iaitu:


a.Perwakilan 2 D


b.Perwakilan 3 D atau 3 dimensi.


Diketahui perwakilan dua dimensi mudah dibuat berbanding dengan tiga dimensi.
.Saiz dapat memberikan jarak objek yang sama bentuk berada dari pengguna.


.Interposisi atau tindanan yang mana mengambarkan satu objek berada di hadap an berbanding objek yang berdekatan.Dari sudut penjelasan,kecerahan dan perbezaan warna sesuatu objek dapat memperlihatkan berlakunya perbezaan jarak.
Di mana objek yang jauh akan terhasil penglihatan yang kabur dan berwarna cerah.Manakala objek yang dekat nampak jelas mahupun dari segi warna,bentuk dan strukturnya.
Kesan perbezaan,penjelasan dan kecerahan objek terhadap penglihatan.
.Kesan bayang-bayang ke atas posisi objek juga boleh menampakkan
sesuatu objek itu seakan objek yang sebenarnya.


Kesan bayang-bayang ke atas posisi objek
.Dalam animasi, bila menggunakan pergerakan objek untuk ke lihatan lebih menarik dan cantik.Objek yang berada di hadapan akan bergerak laju relatif kepada objek yang berada di belakang yang pertama tadi.

Kesan jarak objek terhadap animasi
.Stereoskopik adalah keadaan di mana objek di lihat seperti menjurus kesuatu titik

 

0 Responses to